MyBahagia : Modul Pra-perkawinan Islam dan Pembinaan Keluarga Bahagia Secara Dalam Talian
Bahan Pembelajaran, Aktiviti dan Pentaksiran.
Modul
Modul terdiri daripada Nota, Infografik, Video Ceramah, Video Animasi, Aktivit dan Pentaksiran yang dibangunkan oleh Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Pembelajaran Secara Dalam Talian
MyBahagia membolehkan pengguna mengikuti modul pra-perkahwinan secara dalam talian. Pelantar direka khusus untuk semua golongan dan memerlukan data internet yang minimum. Perserta boleh mengikuti kursus dalam talian pada bila-bila masa dan dimana sahaja.
Teknologi Blockchain
Bagi memastikan data adalah selamat dan dipercayai, maklumat sijil pengguna di simpan didalam rangkaian Blokchain.
Cara Penggunaan
Setiap pengguna perlu mengikuti semua langkah berikut.
Langkah 4
Hadir ke pejabat JAIN yang berkolaborasi dengan MyBahagia bagi pelaksanaan kursus pra-perkahwinan secara dalam talian untuk pengesahan maklumat dan bayaran Yuran Proses.
Langkah 5
Semak keputusan melalui MyBahagia selepas lima (5) hari waktu bekerja. Anda mungkin akan ditemuduga di dalam tempoh tersebut.
Rakan Kolaborasi
Jabatan Agama Islam Negeri

Firman Allah سبحانه وتعالى
dalam Surah An-Nisaa’ 4; Ayat 1
Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; Dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahmi. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.

Firman Allah سبحانه وتعالى
dalam Surah An-Nisaa’ 4; Ayat 3
Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

Firman Allah سبحانه وتعالى
dalam Surah An-Nahl 16; Ayat 72
Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur (mengingkari) pula akan nikmat Allah?

Firman Allah سبحانه وتعالى
dalam Surah An-Nuur 24; Ayat 32
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki da flogn perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya – pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.

Firman Allah سبحانه وتعالى
dalam Surah Ar-Rum 30; Ayat 21
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.